BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 27 Julai 2009

INI BUKTINYA NIZAR BAKAR LILIN

ULAMA PAS PATUT KELUAR PATUT KELUAR FATWA - melayau

IPOH 20 Julai - Ulama dalam Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

( Di bawah ialah gambar Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memasang lilin. Di sebelah Mohammad Nizar ialah seorang Amoi yang kelihatan memakai baju warna warni. Mereka berdua sedang diperhatikan oleh seorang Apek yang memakai baju puteh. Dikeliling mereka adalah ahli-ahli DAP yang degil tidak mahu memakai baju hitam walau pun ini adalah upacara agama.)

SEDIH DIATAS KEMATIAN TEOH BENG HOCK

Khamis, 23 Julai 2009

HARUS di SAna siNI!


Pegang lilin haram di sisi Islam: Harussani
SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Muft:i Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian. :“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam. B:eliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes. :Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu. “Banyak medium lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati. Selain surat kita boleh bersemuka. “Itu adalah cara terbaik daripada melakukan perkara yang haram di sisi agama,”katanya. Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.


ya betul betul, Tok Peti oii..bebenor sangat le tu..Apa ceghite konsert Sureheboh yang Tok Peti fatwakan haram dulu? Waktu belum jadi Tan Sri dulu? Kan ia diharamkan di Perak! Oh ya! Tu Sureheboh ye tak? Bukan Jomheboh! Jom heboh okeyyy kan "Tan Sri"?
Rasuah halal ke? Membuat diri terdedah dengan tuduhan membunuh okey tak? Apa cerite 300 ribu yang dah murtad seperti Tok kata dulu? Tok Guru Nik Aziz suruh Tok Peti nasihatkan isteri Piem tu..
Ibadat tu apa Tan Sri Mufti?

Rabu, 22 Julai 2009

Kempem "Gua Boikot Abon" dilancar - Metalkini


Kuala Sepetang, 22 Julai - Di sidang media hari ini, pakatan antara Zoro Melayu dan (D)asar (A)tas (P)agar sepakat dalam menjayakan usul memboikot dan memulaukan "Blog Encik Akmal" buat seberapa ketika. Dengan ini turut dilancarkan kempen "Gua Boikot Abon" agar rakyat jelata dapat bersama-sama menyampaikan mesej yang jelas kepada individu tersebut. Tindakan En. Akmal yang tidak menghargai rakan-rakan blogger lain, yang mana selalu memberi nasihat-nasihat yang ikhlas untuk memberi panduan ke jalan yang benar, telah dihina dan dicerca oleh En. Akmal sendiri.

"Saya dulu jual goreng pisang je, sekarang dah pandai berblog. Saya cume bagi beliau nasihat bagaimana melayari bahtera hidup. Tapi tak sangka pula, pisang busuk pula di lempar ke muka saya," jelas Zoro Melayu. Zoro Melayu merupakan blogger yang baik hati kerana sering memberi panduan-panduan untuk memuatturun berbagai jenis filem dan animasi.

Manakala (D)(A)(P) yang pernah menjadi kapten, berjuang bersama En . Akmal di zaman Matrikulasi dahulu, kini dicerca bak anjing kelaparan. "Wey..aku bukan anjing...siot la lu wartawan," ujar beliau. Sedangkan anjing jalanan disusukan, anak dirumah dah pandai mencarot.

Mereka berdua menyeru agar sesiapa yang prihatin akan masalah ini, boleh bersama menyatakan sokongan dan melaungkan "Gua Boikot Abon...sorang je". Sekaligus menyampaikan mesej jelas ini kepada En. Akmal.

Laporan- Metalkini

Penghormatan terakhir Untuk Teoh


MELAKA, 21 Julai: Para pemimpin Pakatan Rakyat bersama rakyat memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Huat yang meninggal dunia di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengetuai pimpinan PAS yang bergegas ke Melaka selepas retreat PAS di Alor Setar yang tamat petang Ahad lepas.

Selain beliau, turut serta Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Rahman, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan Zulkifli Mohd Omar. Turut serta Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat.

Di samping itu, para Exco negeri Selangor turut serta bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Teoh. Antaranya Dr Halimah Ali.

Lebih kurang 2,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.

Upacara bermula jam 9.45 pagi semalam dan keranda mendiang Teoh dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.

Ahad, 19 Julai 2009

Tajuk Utusan Malaysia 19 Julai: "Sumpah, saya tak terima rasuah" - Keeper Man U.

Sengal betul!! Gua paling panas bila tengok pasukan bolasepak Malaysia jadi hebat tak tentu arah.

Amri Yahyah main entah macam apa! Tak beragak langsung la.. Kesian la kat orang putih tu, datang dari jauh nak tekel awek Asia, tapi yang lu pergi score 2 bijik tu kenapa? Nasib baik Owen score balik dan MU menang. Kalau seri, gua rasa lepas ni Alex Ferguson letak jawatan, lepas tu apply kerja kat kelab NS Cempaka agaknya.

Cuba main masa Malaysia lawan Chelsea dulu. Satu gol pun Malaysia tak score. Jurulatih Malaysia bangga, peminat Chelsea pun puas hati.




LOLzzz!!! BIG "L" FOR VAN DER SAR & FOSTER!!!

http://encikakmal.blogspot.com/

Sabtu, 18 Julai 2009

Kamen Rider: Double???

Siri ter-latest dari Toei...
Kalau ikut informasi yang aku tau stakat ni
cerita pasai dua orang sahabat yg terpaksa bersatu utk slamatkan dunia
dorg kne bergabung, bru leh transform
in case klo sorg demam, agaknye resakse leh la berpesta la ari tu
pastu ape yg aku leh komen stakat ni ialah
ade x sesape yg teringat atau tau pasai kikaida
ahh..lebih kurang cam geng Gaban la
rasenye skrg team Kamen Rider nak masukkn elemen2 metal heroes
utk mghidupkn smula siri2 yg telah luput suatu masa dulu

Kt sini aku nk listkn beberapa Metal heroes yg dimasukkn sbg cameo
dlm sesiri kamen rider:
1. Victory 1 (V1) - rekaan kostum lebih kurng cam Gaban. Cameo dlm Kamen Rider Agito.
2. Oni Armor - deswing mmg sebijik cam cerita Arashi, cume diupgradekn jek bia gempak.
Cameo dlm Kamen Rider Hibiki.
3. Geng2 Kamen Rider Kabuto lak cam menghidupkn smula konsep serangga dalam siri
B-Fighter Kabuto
4. Plg baru ialah Kamen Rider Double - desing cam xnk same lak ngan Kikaider

Tu je gua nk btau tok kli ni..'
Adoios...

Penganut Ajaran 4D