BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 3 Ogos 2009

Permatang Pasiaq dan konco-konconya

Permatang Pasir: PKR pula mahu tanding?

PETALING JAYA Dulu penyokong-penyokong PAS membuat desakan mahu calon parti itu diletakkan bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Kini tiba giliran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula meletakkan tuntutan ke atas DUN Permatang Pasir?

PKR meletakkan calonnya, Mansor Othman di DUN Penanti pada Jun lalu - mewarisi tradisi komposisi kerusi pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

PAS Pulau Pinang menuntut kerusi itu dua bulan lalu atas alasan penyandang kerusi dari PKR "gagal menjalankan tugas dengan baik" dan "tidak kena dengan cara melepaskan jawatannya".

Penanti dan Permatang Pasir merupakan antara tiga kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh. Satu lagi DUN - Seberang Jaya disandang oleh Umno-Barisan Nasional.

Hari ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi parti itu supaya ia meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, cadangan tersebut dibuat berikutan gerakan PKR di kawasan Permatang Pasir adalah kuat dan mantap.

Katanya, mereka telah mengemukakan cadangan itu kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan berharap ia diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Ketika bercakap kepada pemberita semasa menghadiri majlis perkahwinan seorang penduduk Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini, Anwar bagaimanapun menasihatkan mereka agar menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan pembangkang kelak.

"Secara peribadi, saya nasihatkan mereka supaya memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di kawasan itu berdasarkan prestasi Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang cukup baik dan kerjasama yang diberikan PAS kepada pakatan selama ini di Permatang Pasir," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pandangan dan hasrat akar umbi itu akan dibincangkan dengan presiden parti dan kepimpinan pakatan pembangkang sebagai menghormati permintaan mereka itu.

"Kita perlu memberi ruang kepada mereka menyuarakan pandangan walaupun secara peribadi berpendapat mereka harus mengambil kira kerangka pakatan pembangkang yang lebih besar," katanya.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun kecenderongan sokongan rakyat kepada gabungan pembangkang terutamanya di Semenanjung meningkat, namun faktor calon memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pada pilihan raya kecil itu.

Katanya, calon yang bakal diketengahkan perlu mempunyai kewibawaan dan boleh berkhidmat kepada masyarakat.

Ketika ditanya sama ada keputusan pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap pembangkang di sini, beliau yakin rakyat akan terus menyokong mereka kerana keadaan dan latar belakang penduduk Manek Urai amat jauh berbeza dengan Permatang Pasir.

Apapun, katanya, kemenangan PAS di Manek Urai perlu dihormati kerana parti itu tidak pernah memenangi pilihan raya kecil di Kelantan sebelum ini.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan berikutan kematian Allahyarham Hamdan, 63, Jumaat lepas akibat sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian selewatlewatnya pada 10 Ogos.

Oooppsss.. sori ye Datuk Seri, part ni saye xstuju sgt2. Of coz saye ni sokong gile2 kt PR especially PKR coz tleah berjaya mmbuka minda sya betapa korupnye UMNO-BN ni. Cam syial... So, utk krusi ni biar saje pade PAS. dah elok da kite setting aritu, xkan nk berebut lg, xmolek dpandang oleh gerombolan. Satu lg, PAS tlg la hentikan isu Kerajaan Perpaduan yg xbest lgsg tu..Boring aku.

0 Fitnah:

Penganut Ajaran 4D