BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 3 Ogos 2009

SPRM tahan ADUN Terengganu


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Biasenye kalau geng UMNO, sekejap je da settle isu rasuah ni. Percayalah. SPRM ni klau xbohong, menipu lah tu. Bagi aku, isu ni akan ade dua konklusi yng nyata yakni :
a) Mamat ni dilepaskan begitu sahaja coz nak jaga nama UMNO
b) Mamat ni kompem kne dakwa (klau die ni geng Mat Said). Sape2 geng Derih Natang, aku bet lepas pnye..

0 Fitnah:

Penganut Ajaran 4D