BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 26 Oktober 2009

Ahmad Dhani: Mereka yang menentang poligami adalah munafik!


AHMAD Dhani sememangnya adalah antara lelaki yang menyokong poligami. Malah, komposer dan penyanyi popular Indonesia ini berkata, mereka yang menentang berpoligami itu adalah munafik.

"Jika lelaki hanya cukup dengan seorang isteri saja, itu munafik," katanya seperti dilaporkan di dalam laman web Detik Hot.

Kata Dhani, ada dua jenis lelaki di dunia ini iaitu lelaki yang takut dengan isteri dan lelaki yang mempunyai keinginan untuk berpoligami.

Tetapi, tambah Dhani, jika seorang lelaki itu ingin berpoligami, ia harus dilakukan melalui jalan yang betul. Malah, Dhani tidak bersetuju poligami dilakukan dengan cara diam-diam.

"Poligami yang betul adalah yang diketahui oleh isteri pertama," jelasnya.

-mSTAR

0 Fitnah:

Penganut Ajaran 4D